Wednesday, July 1, 2009

Logo Dan Moto

Pemakaian rangkai kata ‘SENI SILAT SENDENG’ yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri pembelajaran yang terkandung didalamnya.-

Ciri utama atau teras yang menunjangi pembelajaran ini ialah SENDENG, kerana setiap pergerakan dan penggayaan yang di aksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan seni mempertahankan diri dipraktikkan secarang menyendeng atau miring. Inilah sebabnya perguruan ini dinamakan ‘SENI SILAT SENDENG’. Berbentuk bulat dan ditengah-tengahnya terdapat sebilah keris bersarung dan diapit dengan pelbagai jenis peralatan silat yang digrafikkan secara simbolik dan simitrikal serta dikelilingi dengan rangkai kata ‘Seni Silat Sendeng Malaysia’ berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna hitam. Putih bererti KESUCIAN dan Hitam bermaksud KEASLIAN.

Cogankata / Motto SENDENG – PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA. -

No comments:

Post a Comment