Hj Jamaluddin bin Shahdan dilahirkan pada 29hb Julai 1943. Beliau mula belajar silat ketika berumur 11 tahun daripada datuknya Dol Ghani. Silat yang dipelajarinya adalah aliran Kuntau Telok Mas Melaka. Beliau telah belajar dengan datuknya selama 3 tahun. Setelah itu beliau berlatih pula selama setahun dengan Abd Rahman bin Hj Hamzah, adik kepada Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah, rakan sekelasnya di High School Muar yang kini dikenali sebagai Sekolah Tinggi Muar. Setelah itu barulah beliau berguru dengan Hj Abdul Hamid.
Ketika berumur 18 tahun, Hj Jamaluddin telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di Malayan Teachers College Wolverhampton, England. Sekembalinya ke tanahair, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Menengah Alor Gajah, Melaka selama 2 tahun sebelum ditukarkan ke Sekolah Menengah Tanah Merah, Kelantan pada tahun 1965. Pada tahun 1966, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di Pahang dimana beliau menetap sehingga ke hari ini.
Semasa di Pahang, Hj Jamaluddin mula aktif mengajar Silat Sendeng dan mengajar kepada Kumpulan Pertama Unit Risik Rejimen Gerak Khas Komando di Bentong, Pahang. Kemudiannya, beliau telah mengembangkan Silat Sendeng hingga ke Pulau Tioman, Genting Highlands, Jengka, Raub, Kuala Lipis dan Kuantan, Pahang.
Pada tahun 1991, Hj Jamaluddin telah dipilih untuk memegang jawatan Presiden bagi Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia sebuah persatuan yang ditubuhkan bagi menyatukan guru dan murid aliran Silat Sendeng yang diasaskan oleh Hj Abd Hamid yang kini dikenali sebagai Silat Sendeng Malaysia.

No comments:
Post a Comment