Wednesday, November 11, 2009
Thursday, July 2, 2009
Lambang Silat Sendeng

Bentuk lambang Seni Silat Sendeng direka di dalam bentuk dan seni yang begitu unik di mana keunikan ini membawa pengertian yang mendalam terhadap warisan Silat Melayu.
Keris yang berada di tengah-tengah, melambangkan kebesaran dan kebangaan Melayu, seterusnya kemegahan Seni ukir dan budaya yang tinggi nilainya.
Senjata-senjata lain yang mengelilinginya membawa erti bahawa kebesaran (Keris) itu tetap akan dijaga dan dipertahankan dari roboh dan penceroboh.
Kalau diperhatikan kepada lambang tersebut, tidak kurang daripada dari sepuluh jenis alat silat yang terkandung di dalam lingkaran lambang tersebut dan setiap satunya terdapat cara menggunakannya juga cara menggayakan tariannya.Di dalam tarian dan bunga itu sendiri terdapat cara-cara menepis dan menikam yang disembunyikan di dalam bentuk tarian yang lembut dan lemah -gemalai.

Haji Ismail bin Haji Hamzah

Haji Ismail bin Haji Hamzah (Guru Utama PSSSM)
Pemergian Allahyarham Hj.Hamid dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi keluar ga sendeng seluruhnya. Perjuangan, pengorbanan dan jasanya terhadap Seni Silat Sendeng Malaysia mempunyai erti yang amat bermakna sekali terutama di dalam memperkembangkan SSSM ke beberapa negeri di tanahair.Berbagai cabaran,onak dan duri direntasi, ombak serta badai diharungi.Namun yang pergi tetap pergi, yang tinggal sebagai pengganti. Perjuangan memartabatkan SSSM harus diteruskan. kata pepatah 'patah tumbuh hilang berganti'. Hj.Ismail bin Hj.Hamzah, kemudiannya telah menerajui dan meneruskan perjuangan abangnya dan ditabalkan sebagai Guru Utama.Sebagai adik kepada pengasas (Hj.Hamid) dan dibesarkan di kalangan keluarga pendekar, sudah pasti memperjuang dan menyambung amanah SSSM tidak menjadi keberatan terhadap beliau. Kebolehan dan ketokohan semulajadi berkat bimbingan ibubapa, datuk-datuk dan abangnya, menambahkan lagi kekuatan dan semangat beliau untuk melayari bahtera sendeng mengharungi samudera yang penuh dengan seribu satu macam rintangan dan halangan. Sejak kepimpinan Hj.Ismail, SSSM telah didaftarkan pada 1992 dan kini bergerak dengan cergas di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Kelantan dan WP Labuan.
Hj Jamaluddin bin Shahdan
Hj Jamaluddin bin Shahdan dilahirkan pada 29hb Julai 1943. Beliau mula belajar silat ketika berumur 11 tahun daripada datuknya Dol Ghani. Silat yang dipelajarinya adalah aliran Kuntau Telok Mas Melaka. Beliau telah belajar dengan datuknya selama 3 tahun. Setelah itu beliau berlatih pula selama setahun dengan Abd Rahman bin Hj Hamzah, adik kepada Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah, rakan sekelasnya di High School Muar yang kini dikenali sebagai Sekolah Tinggi Muar. Setelah itu barulah beliau berguru dengan Hj Abdul Hamid.
Ketika berumur 18 tahun, Hj Jamaluddin telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di Malayan Teachers College Wolverhampton, England. Sekembalinya ke tanahair, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Menengah Alor Gajah, Melaka selama 2 tahun sebelum ditukarkan ke Sekolah Menengah Tanah Merah, Kelantan pada tahun 1965. Pada tahun 1966, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di Pahang dimana beliau menetap sehingga ke hari ini.
Semasa di Pahang, Hj Jamaluddin mula aktif mengajar Silat Sendeng dan mengajar kepada Kumpulan Pertama Unit Risik Rejimen Gerak Khas Komando di Bentong, Pahang. Kemudiannya, beliau telah mengembangkan Silat Sendeng hingga ke Pulau Tioman, Genting Highlands, Jengka, Raub, Kuala Lipis dan Kuantan, Pahang.
Pada tahun 1991, Hj Jamaluddin telah dipilih untuk memegang jawatan Presiden bagi Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia sebuah persatuan yang ditubuhkan bagi menyatukan guru dan murid aliran Silat Sendeng yang diasaskan oleh Hj Abd Hamid yang kini dikenali sebagai Silat Sendeng Malaysia.

Haji Hamid bin Haji Hamzah

Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah, lahir pada 1927 di Sungai Mati sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 km daripada Bandar Maharani, Muar, Johor. Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan Sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar' seterusnya berkembang serta diterima ramai di Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Haji Abdul Hamid telah mula berjinak-jinak dengan ilmu kependekaran pada tahun 1932, semasa berusia 5 tahun, dibawah asuhan dan bimbingan nindanya Haji Hassan bin Haji Mahat. Selama lebih kurang 10 tahun beliau telah mempelajari bukan sahaja sepak terajang silat malah seni dan tari silat serta cara menggunakan alat silat seperti pedang, keris, tumbuk lada, tek-pi, tembong, tongkat, tuas dan kerambit. Selain itu beliau juga turut mempelajari beberapa silat termasuk Silat Cekak, Belebat, Kuntau dan Silat Sembah.
7 tahun kemudiannya, lebih kurang pada tahun 1942, Haji Abdul Hamid berguru pula dengan nindanya Haji Mohd Arif bin Shamsu. Beliau mengajar Pukulan 7 Hari kepada Haji Abdul Hamid bersama beberapa orang dewasa seperti Pak Ngah Hassan dll. Haji Abdul Hamid telah diuji dengan dipanggil naik ke rumah dan diserang dari belakang pintu. Serangan itu dapat dielak. Beliau mengakui Hj Abdul Hamid boleh menjadi guru.
Seterusnya, pada tahun 1944, Hj Abdul Hamid menuntut pula dengan nindanya Haji Taman bin Dagang. Dari Haji Taman, Haji Abdul Hamid telah mempelajari Pukul dan Lapis Sendeng. Haji Taman sangat tegas dalam menurunkan ilmu. Setiap satu belebat yang diajar mengambil masa 6 bulan. Waktu itu Haji Taman mengajar Haji Abdul Hamid secara bersendirian.
Bagi memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula, lebih kurang pada tahun 1945, Haji Abdul Hamid telah berguru dengan Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim yang lebih dikenali dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh di Batu Pahat. Sebelum Panglima Salleh menerima Haji Abdul Hamid untuk menjadi murid, beliau telah diuji terlebih dahulu dengan disuruh mengerjakan kebun selama 6 bulan. Hanya selepas 6 bulan barulah beliau bertanya nama Haji Abdul Hamid dan dipanggil untuk diperturunkan ilmu-ilmu keagamaan dan kebatinan. Haji Abdul Hamid telah berguru dan tinggal bersama Panglima Salleh selama 3 tahun iaitu dari tahun 1946 hingga 1949.
Sebelum dikhatamkan, Haji Abdul Hamid telah diuji kefahaman tauhid oleh gurunya dengan disuruh beramal didalam gua disebuah Bukit di Parit Sulong untuk mendapat ilmu dari harimau jadian. Haji Abdul Hamid yang faham dengan tujuan gurunya itu menolak dengan baik dan menyatakan lebih baik beliau beramal dimasjid. Panglima Salleh yang gembira dengan jawaban itu terus menyatakan bahawa Haji Abdul Hamid telah layak untuk dikhatamkan. Menurut Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah, Haji Abdul Hamid telah dikhatamkan didalam kelambu oleh Panglima Salleh untuk mengelak dari dilihat oleh murid-murid yang lain. Dari Panglima Salleh, Haji Abdul Hamid telah menerima amalan ayat empat yang terus dikembangkan kepada ahli-ahli Silat Sendeng.
Selain daripada, guru-guru yang tersebut Haji Abdul Hamid juga dikatakan telah berguru kepada guru-guru berikut yang diketahui:
Kiyai Mustahir, Pagoh
Panglima Lias, Pagoh
Hj Mohd Lip Bedu (Ilmu Tauhid)
Hj Abd Ghani, Jalan Daud, Muar
Dato Mohd Bakar (Kadi Besar, Johor)
Ustaz Sulaiman Sujak
Ustaz Ahmad Tunggal, Parit Sakai, Muar.
Disamping mengembagkan Seni Silat Sendeng, Haji Abdul Hamid juga cenderung dan terkenal di bidang masa memasak. Selain daripada itu beliau pernah diamanahkan untuk menjadi Imam Masjid Jamik Bukit Kangkar, Muar serta Ketua Kampung, Bukit Kangkar, Muar.
Setelah hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis belajar dan menggembangkan ilmu persilatan ini, demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya, pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal ,1410 Hijrah , Haji Abdul Hamid telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di Bukit Kangkar, Sungai Mati, Ledang, Johor dalam usia 63 tahun

Diantara, anak-anak murid Hj Abdul Hamid yang aktif mengembangkan Seni Silat Sendeng adalah:-
Allahyarham Hj Ismail bin Hj Hamzah
Hj Ismail bin Sadin
Hj Rosmani bin Abd Samad
Hj Jamaluddin bin Shahadan
Allahyarham Hj Ismail bin Hj Hamzah
Hj Ismail bin Sadin
Hj Rosmani bin Abd Samad
Hj Jamaluddin bin Shahadan
News
11 Julai 2009
Perhimpunan Pertubuhan Seni Silat Sendeng di Dataran Ledang.Jemputlah datang kepada semua ahli silat sendeng.
Perhimpunan Pertubuhan Seni Silat Sendeng di Dataran Ledang.Jemputlah datang kepada semua ahli silat sendeng.
Konsep Pembelajaran
1) Membentuk seni membina diri atau pembentukan peribadi yang bertaqwa, berdisplin dan bertindak berlandaskan pertimbangan wajar serta tenang (senang) selaras dengan lunas-lunas Islam.
Build personal personality - 'taqwa', dicipline and make any decision follow islamic guidelines always right and patient-2) Menjalinkan ‘silaturrahim’ iaitu hubungan antara sesama insan.
Make 'silaturrahim' and connections with any race or religion-3) Mempertahankan maruah budaya bangsa.Defend self respect nation heritage
-4) Menghormati budaya persialatan Melayu dan seni beladiri yang lain. respect all malay silat culture and the other martial art-

Subscribe to:
Posts (Atom)